Blog yang dah bersawang

February 17, 2010 at 10:03 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lamanya aku dah xupdate blog nie.. dah bersawang pon.. sesuai laa dengan nama dia.. laman sesawang.. Hahaaa.. InsyaAllah.. Ada masa akan aku update judak blog nie.. Banyak benda yang aku nak kongsi dengan kawan2 semua..

Baby Boy??

December 9, 2008 at 12:23 am | Posted in Family | Leave a comment
Tags:

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat islam yang menyambutnya di seluruh dunia. Satu hari penuh makna bagi kaum muslimin dan muslimat yang dikaitkan dengan pengorbanan. Ramai jugak orang yang melakukan ibadah korban di kampung aku. Alhamdulillah, semoga rezeki kita ditambahkan lagi oleh Allah.

Tapi, itu bukanlah erita yang hendak kueritakan pada hari ini. Ceewah. Poyo plak ayat tuh. Cerita disebalik hari raya korban pada tahun ini ialah menyambut kehadiran orang baru di dalam keluarga aku secara amnya dan secara khususnya ialah menyambut orang baru dalam keluarga abang aku. Hehee.. Diringkaskan, abang n kakak ipar aku menyambut kelahiran anak sulung mereka merangkap anak saudara aku yang sulung. Hehee.. Macam pening jer bunyinya.

kenduri-angah

Gambar diatas adalah gambar sewaktu berlangsungnya kenduri kahwin abang aku. Rasa macam baru jer kenduri tu berlangsung, walhal, sudah menjangkau setahun. Dalam kegembiraan menyambut cahaya mata sulung kakak ipar aku ni, tersirat satu peristiwa sedih. Abang aku tidak dapat pulang untuk menyambut cahaya mata sulungnya. Abang aku yang kini masih lagi dalam latihan polis bermula dari bulan 8 yang lalu sehingga bulan 3 tahun hadapan di bumi kenyalang, Sarawak. Walaupun telah diberitahu berita ini kepada pegawai atasan di Balai Polis tempat abang aku bekerja, tetapi sehingga kini dia tidak dibenarkan pulang memandangkan masih dalam latihan.

Agak terkilan juga aku rasa memandangkan ini adalah anak mereka yang pertama. Di khabarkan, urusan cuti adalah atas budi bicara pegawai atasan tersebut. Aku rasa agak terkilan dan marah dalam hal ini. Ketika ini, urusan cuti masih lagi negatif. Mungkin, rayuan akan dibuat selepas ini. Aku doakan semoga abang aku dapat pulang untuk menyambut kelahiran anak sulung beliau. Diharapkan agar kakak ipar aku @ Kak Ngah dapat bersabar dan redha dengan apa yang berlaku. Semoga Kak Ngah cekal dalam menghadapi rintangan ini dan aku doakan supaya besok, keputusan yang bakal di dengar adalah positif.

Berikut adalah gambar anak buah aku yang baru ja lahir pada 08.12.2008 pada pukul 9.43 pagi  di Hospital Kulim, Kedah. Nama?? Kalau tidak salah aku, sewaktu abang dan Kak Ngah aku berbincang, namanya kalau aku tidak salah dengar ialah Muhammad Faris Irfan. Tapi, belum disahkan lagi dengan sebetulnya. Hehee.. Ketika gambar ini diambil, anak buah aku masih belum berumur sehari. Hehee.. Aku kongsikan gambar comel tersebut dengan semua.

anak-saudara

Selamat Hari Lahir —> 8 Disember 2008

anak-saudara-1

Menangis..

anak-saudara-2

Comel..

More Pic? Click [ H E R E ]

Million Thanks From Bottom Of My Heart

December 6, 2008 at 4:36 pm | Posted in Thanks | Leave a comment
Tags:

thank-you

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua orang yang telah membantu aku daripada mula aku mula belajar sampai aku berjaya menamatkan Ijazah dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang membantu aku selama kita masih menuntut dan jugapada hari hari konvokesyen yang lalu.

Thanks to:

All of my family – because support me till the end

My friends – my life as a student more wonderful with you guys

Lecturer – Aku doakan semoga sentiasa dirahmati Allah

Cikgu – Semua cikgu @ KMKN, SMKAB, SKPP dan TABIKA Kemas (Tanpa cikgu-cikgu semua, xkan laa saya akan sampai ke tahap ini. Kudoakan semoga sentiasa sihat dan semoga dirahmati Allah selalu)

Special Thanks (During Convocation):

My dad n my bro – sebab hadir pada hari konvokesyen tersebut n thanks for the present (The Cute Garfield n the Flower)

My mom – Walaupon xdapat hadir, tetapi your support, really means a lot to me

My bro – Always provide financial support for me. I promise i’ll attend your Majlis Tamat Latihan Polis @ Kuching,  Sarawak

Maklong Za and family – Sebab tumpangkan rumah untuk bermalam dan juga sebab tolong hantar ke UiTM pagi-pagi lagi.

My Best Friends (Fikri and Fauzi) – Thanks for the present (Little Bear, Jubin and the Flower)

My best friend Arman – Sebab sanggup tunggu @ UiTM berjam-jam sementara aku belum sampai dan juga sebab tumpangkan umah kat aku untuk bermalam)

Rina – Tunggu aku @ Stadium lama jugak tp xsempat jumpak jugak last konvo tuh

Nurul n family – Sebab tumpangkan aku dari dalam UiTM ke seksyen dua. Say thanks to your mom n your dad also.

Yan dan Lizzie – Bergegas dengan lajunya untuk sampaikan kek lapis yang Yan bawak dari Sarawak. Thanks tau. Kek Tu memang sedap.

Zai dan Michelle – Sebab susah payah tolong amikkan gambar konvo tuh, g cari sampul yang besar dan tolong postkan untuk aku.

All My Friends – Sebab kita sama2 grad n TAHNIAH untuk you all.

“Kepada sesiapa yang aku tidak sebutkan, jangan la rasa kecil hati, sebab korang juga banyak membantu aku. Kalau xder korang semua, aku rasa mungkin suasana student life kat UiTM xceria. Heheheeee”

Istiadat Konvokesyen ke-69

December 1, 2008 at 7:32 pm | Posted in Pengalaman | Leave a comment
Tags:

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku xupdate blog nie.. Hahahaaa.. Kerana terlampau sibuk dengan pelbagai urusan, sampaikan tak sempat aku nak update blog nie.. 22hbNovember lepas, berlangsung Istiadat Konvokesyen UiTM ke 69 bagi sidang ke 3. Alhamdulillah, nasib baik sidang ketiga tu bermula pada awal pagi. Aku rasa bersyukur sangat. Mengikut pengalaman kawan-kawan yang konvo pada waktu petang, memang sangat ‘mengerikan’. Hahaa.. Dengan panas terik matahari lagi, kemudian terkejar-kejar dengan masa. sesi bergambar xformal lg.

konvo-2

Walau bagaimanapun, TAHNIAH aku ucapkan kepada diri sendiri dan juga kepada semua KENGKAWAN. Akhirnya, penat lelah kita belajar, rasa hilang pada hari tersebut. Walaupun dah lama menamatkan pengajian, tapi rasa tak lengkap bergelar seorang Pemegang IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PEMASARAN).. Sekarang ni barulah rasa macam sempurna ja. Hehee.. Mengada2 betol, kan?

Kepada kawan-kawan yang selalu je dok sms dan kol dok tanya pasal gambar, aku dah upload dah dalam album gambar kat blog aku nie. So, nanti korang boleh laa save mana-mana gambar yang berkenan di hati. Gambar-gambar korang yang mana ter’lekat’ dan meng’hantui’ kamera aku, korang boleh laa download. Dan jangan lupa, komen sekali yer. Hahaa..

Berikut ada lah sedikit gambar buat tatapan korang. Nak tatap banyak-banyak, pi kat abum. Ok?? Well, tahniah sekali lagi. Klik [ DI SINI ] untuk direct link ke page album konvokesyen.

konvo-1konvo-3

All The “ZUL” Are Very Lucky

November 9, 2008 at 4:04 pm | Posted in Pengalaman | Leave a comment

Assalamualaikum, semua..

Semalam, seperti yang tertera di dalam taqwim, aku terlibat dengan Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun SMK Alor Pongsu. Ramai la rakan-rakan guru hadir dengan keluarga masing-masing. Hanya aku sahaja yang hadir seorang diri. Program di mulakan pada pukul 10.00 pagi seperti yang di jadualkan. Tetapi, aku hadir pada pukul 11.00 pagi memandangkan ada perkara yang tidak dapat di elakkan.

petanque

Sampai ja aku di sekolah, pertandingan Petanque telahpun berlangsung dan hampir sampai ke kemuncaknya. Maka terlepaslah peluang aku untuk menunjukkan bakat aku bermain petanque. Hehee.. Pandai ke aku amin petanque?? Kemudian, setelah selesai dan tamat permainan, majlis di kantin pula berlangsung. petanqueq

Setelah semua ucapan selesai iaitu ucapan daripada Pengerusi Kelab Guru, Cikgu Munir, ucapan dari Pengetua, Haji Zulkifli dan juga bacaan doa oleh Ustaz Fadzil. Tertalu banyak menu pada hari tu. Antara menu pada hari tuh ialah: (nasi putih, gulai sembilang, ulam, ayam bakar, rojak, mee goreng, bubur caca, bubur kacang hijau, nasi goreng, ikan talapia bakar, ikan masak 3 rasa, sayur campur, laici kang, air oren, ice cream). Terlalu banyak sangat menu pada hati sampai ada yang bungkus bawak balik untuk elakkan pembaziran.

Setelah selesai makan, ada satu lagi agenda majlis iaitu “Cabutan Bertuah”. Sebanyak lebih kurang 30 hadiah cabutan bertuah disediakan pada hari tersebut. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah, kesemua cikgu di sekolah tu yang ada nama “ZUL”, kesemuanya mendapat hadiah cabutan bertuah. The Lucky ZUL. Ramai pulak tuh. Haji Zulkifli (Pengetua), Cikgu Zulkifli (A), Cikgu Zulkifli (B), Cikgu Zulkaply, Ustaz Zul dan Aku (Fauzul). Hehee.

tupperware1

Gamat jugak laa majlis cabutan bertuah tuh. Sebab semua yang ada zul semua dapat hadiah. Walaupun hadiah xseberapa, tetapi majlis yang diberikan tu sangat-sangat diberi pujian. Terima kasih kepada Cikgu Arsalanshah selaku pengerusi kelab guru dan terima kasih kepada semua guru-guru yang menjayakan majlis tersebut.baby Tidak lupa, tahniah kepada kesembilan orang cikgu sekolah yang mendapat cahaya mata pada tahun ini. Semoga rezeki kalian bertambah dengan hadirnya cahaya mata yang baru.

* Aku dapat hadiah tupperware ja. Tapi, tetap bertuah.. Hehee

Kahwin Oh Kahwin??

November 1, 2008 at 11:59 pm | Posted in Artikel | 1 Comment

Ni adalah beberapa sebab mengapa lelaki tak kahwen lagi ataupun kahwin lambat.. N ada banyak gak yang berkaitan dengan aku nih.. Hik hik.. :p

1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ? da duit abangku sayang, takde pitis sayangpun melayang!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

…Baca Seterusnya…

Banjir??? Part II

October 26, 2008 at 2:58 pm | Posted in Pengalaman | Leave a comment
Tags:

Keesokan harinya (Jumaat, 24 Oktober) aku bangun macam biasa dan tertanya-tanya.. Macam mana laa keadaan sekolah, setakat mana air yang naik dan macam-macam lagi. Cuaca pada pagi nie, seperti hari-hari sebelum nie jugak, mendung tetapi xada tanda-tanda hujan akan turun.

Jadi, aku pon bertolak ke sekolah macam biasa. 7.10 pagi dari rumah dan sampai di sekolah 15 minit kemudian. Sampai aja di hadapan sekolah, aku tengok ramainya pelajar berkumpul depan sekolah. Rupa-rupanya, sekolah dah dinaiki air.

Nasib baiklah hari nie aku pakai sandal datang sekolah. Sebabnya, semalam aku ada sembang dengan seorang cikgu sekolah tuh, dia cakap esok dia nak bawa selipar. So, aku pon pakai laa selipar dan masukkan kasut aku dalam plastik beg supaya xbasah dek hujan.

Mana laa tau kan, on the way nak ke sekolah nanti, hujan pulak. Sempat aku snap beberapa keping gambar pada hari ni untuk ‘hidangan’ buat korang semua.

Inilah keadaan sekolah pada hari jumaat yang lepas. Ada sesetengah pelajar yang suka sangat main air sampaikan pengetua buat pengumunan supaya pelajar-pelajar masuk ke kelas.

Nasib baik laa hari tuh ada exam. So, xdapat laa budak-budak tuh nak main air lama-lama. Waktu tengahari, air semakin naik. Sampaikan pasukan askar datang ke sekolah untuk tolong pindahkan komputer dari makmal komputer yang berada di tingkat bawah. Ada juga pelajar yang datang ke sekolah menaiki trak askar sebab jalan ke sekolah dah di naiki air. Tahniah!! Walaupun banjir, pelajar nie hadir juga ke sekolah.

Ada beberapa lagi gambar yang aku sempat tangkap yang xdapat aku nak muatkan dalam post nie. InsyaAllah, akan aku masukkan ke dalam album kemudian nanti.

Sekarang ni, aku masih tertanya-tanya, macam mana keadaan sekolah pada hari Selasa nie.

Banjir??

October 26, 2008 at 1:11 am | Posted in Pengalaman | 4 Comments
Tags:

Aku just nak share ngan korang semua tentang kejadian banjir yang melanda tempat aku mengajar, SMK Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Khamis yang lepas, seperti kebiasaan macam aku bangun seawal 6.00 pagi, mempersiapkan diri diri sebelum aku pergi kerja. Cuaca pada pagi tu, mendung jer. Seperti kebiasaan jugak, hari-hari aku pergi kerja ditemani ‘isteri’ aku nie, Honda EX5 Class warna Biru.

Apabila aku sampai jer kat sekolah, aku terkejut.. Padang sekolah dah dinaiki air.. Aku pon, sempat snap beberapa keping gambar padang sekolah dari bilik guru.

Kemudian, aku pon teruskan kerja seperti biasa. Menjaga exam laaa.. kebetulan minggu ni adalah minggu peperiksaan. Sepanjang aku kat sekolah, hari mendung tetapi tidak menunjukkan hari nak hujan. Apabila tamat waktu persekolahan, aku sekali lagi terkejut. Air makin naik sehinggakan parking pelajar yang pagi tadi xder air pon dah ada air. Cepat jugak air nie naik. Tapi, nasib baiklah hari tak hujan. Sebab dah dua hari sebelum tuh aku balik rumah, habis basah lencun.

Kemudian, malam tu, aku dapat mesej daripada Cikgu Nurul Safinah, dia cakap sekolah banjir. Aku yang terkejut beruk time tuh, terus capai phone and call dia. Dia cakap yg Cikgu Salleh kasi tau kat dia yang sekolah dah banjir. Aku pon terfikir, banjir teruk ke? So, perasaan nak tau tuh membuak2.. Takut jugak, sebab sekolah tu duu, pernah banjir teruk. Sampaikan tembok depan sekolah pon ditenggelami air.

Aku dan Blog?

October 25, 2008 at 11:44 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Buat pertama kali, akhirnya terbuka jualah pintu hati aku ni untuk masuk ke dalam dunia blog nie.. Sebabnya? Aku sememangnya malas nak menulis blog nie.. Ye lah, nak kena update laaa, tulis aa and macam-macam lagi.. Sahabat baik aku sorang nie, fiquer @ fikri (http://fiquer.wordpress.com) dah lama dah ajak aku join dunia blog nie, cuma aku malas.. malas dan malas.. Aku xtau apa yg aku nak buat bila aku dah ada blog nie nanti..

Tapi, suatu hari, aku terfikir untuk berkongsi.. Berkongsi pengalaman suka aku, sedih, kecewa dan macam-macam lagi dengan orang lain.. Tambahan lagi sejak aku dah mula kerja nie, semakin bertambah laa pengalaman aku.. Dan aku selalu ingat kata-kata nie.. “Experience is the best teacher”. So, aku rasa, why not aku share serba sedikit experience yang aku ada mungkin sebagai panduan, nasihat kepada orang lain supaya menjadi lebih baik..

******************

Biarlah hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.