Baby Boy??

December 9, 2008 at 12:23 am | Posted in Family | Leave a comment
Tags:

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh umat islam yang menyambutnya di seluruh dunia. Satu hari penuh makna bagi kaum muslimin dan muslimat yang dikaitkan dengan pengorbanan. Ramai jugak orang yang melakukan ibadah korban di kampung aku. Alhamdulillah, semoga rezeki kita ditambahkan lagi oleh Allah.

Tapi, itu bukanlah erita yang hendak kueritakan pada hari ini. Ceewah. Poyo plak ayat tuh. Cerita disebalik hari raya korban pada tahun ini ialah menyambut kehadiran orang baru di dalam keluarga aku secara amnya dan secara khususnya ialah menyambut orang baru dalam keluarga abang aku. Hehee.. Diringkaskan, abang n kakak ipar aku menyambut kelahiran anak sulung mereka merangkap anak saudara aku yang sulung. Hehee.. Macam pening jer bunyinya.

kenduri-angah

Gambar diatas adalah gambar sewaktu berlangsungnya kenduri kahwin abang aku. Rasa macam baru jer kenduri tu berlangsung, walhal, sudah menjangkau setahun. Dalam kegembiraan menyambut cahaya mata sulung kakak ipar aku ni, tersirat satu peristiwa sedih. Abang aku tidak dapat pulang untuk menyambut cahaya mata sulungnya. Abang aku yang kini masih lagi dalam latihan polis bermula dari bulan 8 yang lalu sehingga bulan 3 tahun hadapan di bumi kenyalang, Sarawak. Walaupun telah diberitahu berita ini kepada pegawai atasan di Balai Polis tempat abang aku bekerja, tetapi sehingga kini dia tidak dibenarkan pulang memandangkan masih dalam latihan.

Agak terkilan juga aku rasa memandangkan ini adalah anak mereka yang pertama. Di khabarkan, urusan cuti adalah atas budi bicara pegawai atasan tersebut. Aku rasa agak terkilan dan marah dalam hal ini. Ketika ini, urusan cuti masih lagi negatif. Mungkin, rayuan akan dibuat selepas ini. Aku doakan semoga abang aku dapat pulang untuk menyambut kelahiran anak sulung beliau. Diharapkan agar kakak ipar aku @ Kak Ngah dapat bersabar dan redha dengan apa yang berlaku. Semoga Kak Ngah cekal dalam menghadapi rintangan ini dan aku doakan supaya besok, keputusan yang bakal di dengar adalah positif.

Berikut adalah gambar anak buah aku yang baru ja lahir pada 08.12.2008 pada pukul 9.43 pagi  di Hospital Kulim, Kedah. Nama?? Kalau tidak salah aku, sewaktu abang dan Kak Ngah aku berbincang, namanya kalau aku tidak salah dengar ialah Muhammad Faris Irfan. Tapi, belum disahkan lagi dengan sebetulnya. Hehee.. Ketika gambar ini diambil, anak buah aku masih belum berumur sehari. Hehee.. Aku kongsikan gambar comel tersebut dengan semua.

anak-saudara

Selamat Hari Lahir —> 8 Disember 2008

anak-saudara-1

Menangis..

anak-saudara-2

Comel..

More Pic? Click [ H E R E ]

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.